Bagus apa yang telah PAS lakukan baru-baru ini untuk mendengar dari akar umbi dan dua ahli akademik tentang pandangan mereka terhadap kepimpinan dan PAS itu sendiri. Cetusan TGNA nampaknya menjadi. TGHH juga bijak seimbangkan situasi. Ini sebenarnya kepimpinan yang matang.
Apa yang menariknya ialah pandangan dua orang tokoh akademik yang diundang itu. Mereka memberikan pandangan secara terus terang dan ikhlas. Ini yang harus dilihat oleh PAS. Sememangnya benar seperti kata TGHH bahawa ianya bukan seratus peratus tepat. Kajian yang dilakukan akan ada kekurangannya. Ini kebenaran dan tiada siapapun menafikannya. Suatu pandangan akan tetap ada kekurangan dan boleh dipertikai. Cumanya untuk mempertikaikan pandangan akademik mestilah dengan hujah ilmiah dan bukannya emosi.
PAS patutnya mengambil peluang ini dengan mewujudkan suatu wacana ilmiah secara berterusan. Jemputlah tokoh-tokoh akademik dari kalangan berkecuali, menyokong atau menentang untuk sama-sama bercakap dan membentangkan kajian dan dapatan mereka terhadap PAS.
Kalau ini dilakukan, masyarakat akan melihat bahawa PAS suatu parti yang bukan bersifat kekampungan malah akan dipandang tinggi dan mampu mengubah persepsi yang negatif kepada PAS. Gunakan pendekatan ini, kita sudah melihat bagaimana hanya dua pandangan saja dari tokoh akademik, PAS dilihat sebagai matang dan hebat walaupun pandangan itu bersifat negatif dari satu sudut namun hakikat kebenarannya tetap ada.
seperti yang dikatakan dalam entri sebelum ini, tidak perlu untuk TGHH meletak jawatan namun beliau harus mengubah dan bersikap tegas dalam memimpin.....membentuk tingkahlaku para pemimpin yang dipimpinnya.