BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 2009 Oktober 27

PAS PERLU BERUBAH

PAS perlu berubah. Bentuk perubahan mestilah menyeluruh. PAS mesti memasyarakat pemikiran pemimpinnya baik dari atas sampai kepada peringkat cawangan. Ini mesti dilakukan. Maksudnya,, pemikiran pemimpin PAS semua peringkat mesti mula mengkaji dan memahami keperluan masyarakat dari pelbagai aspek. Keluarlah dari kelompok pemikiran yang lama kepada yang baru.

Kalau perlu tukar pemimpin seperti kata TGNA...maka tukarlah. TGHH tidak perlu meletak jawatan. Beliau boleh memimpin tetapi harus tegas untuk membetulkan barisan kepimpinanya. Perjuangan PAS masih sukar diterima di luar dari Terengganu dan Kelantan. Kemenangan dibeberapa buah negeri adalah bergantung kepada faktor lain. Faktor yang besarnya adalah faktor Dato' Seri Anwar sendiri. Walauapapun kata kawan dan lawan..beliau tetap menjadi faktor utama.

PAS masih tiada kekuatan sendiri yang mampu berdiri sendiri bagi mencapai kemenangan. TGNA boleh dijadikan simbol kekuatan PAS, beliau mampu memahami dan mencorak rentak politik di Kelantan. Kalau gaya kepimpinan beliau menjadi kajian PAS, pastinya PAS akan boleh berubah dan mampu berdiri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Namun perlu diingat, PAS harus bijak menggunakan kekuatan lain, sokongan lain, dan pemimpin yang merasakan mereka boleh lakukan apa saja tanpa memperdulikan masalah masyarakat harus berhenti menjadi pemimpin PAS.

PAS harus tau menari mengikut rentak semasa dengan mengekalkan prinsip dan dasarnya yang selama ini dipertahankan. Jangan korbankan dasar perjuangan tapi berubah gaya pendekatan, lebih memahami keperluan masyarakat, bertindak proaktif, buatlah kajian.

Satu perkara yang hendak disentuh ialah, PAS harus memerhatikan segala perjalanan akar umbinya agar bekerja dan bertindak secara sistematik dan tersusun. Jangan sampai soal menguruskan masjid contohnya menjadi huru hara dek kerana meletakkan PAS lebih tinggi dari kedudukan masjid itu sendiri yang mana berfungsi dengan pelbagai fungsi seperti yang dilakukan di zaman Rasullulah s.a.w. dan sahabat. Kembalikan peranan dan kegemilangan masjid. PAS harus membantu dan bukannya mengambil alih tugas dan peranan masjid.

Semua ini menjadi perhatian dan ukuran kepada peranan dan kejayaan PAS. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Soal dadah..soal apapun...mesti diberi perhatian dan tindakan oleh PAS.

PAS harus dan mesti berubah.

0 ulasan:

Catat Ulasan